Ucapan Ketua Pentadbir
Assalamualaikum wbt,salam damai saya ucapkan kepada semua pembaca diari H2O.Sekalung tahniah dan penghargaan saya ucapkan buat semua warga BASiS kerana telah bertungkus lumus menghasilkan serta meneruskan kesinambungan usaha atas hasrat warga sekolah ke arah kecemerlangan.Tidak lupa juga guru pembibing kami iaitu Cikgu Zefri Hanif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Jep kerana telah memberikan tunjuk ajar yang sewajarnya agar hasrat ini bukan angan-angan belaka.Saya ingin menucapkan terima kasih kerana telah memberikan saya peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata kepada pembaca sekalian.
Rakan-rakan sekalian,
Tertubuhnya laman blog "Diari H2O" ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang telah menubuhkan pertandingan bertemakan "Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia". Mendepani krisis baru-baru ini seperti El Nino, saya berasa bertanggungjawab untuk mencelikkan mata-mata pembaca akan kepentingan air yang sering kita abaikan. Sebagai seorang murid yang mengambil aliran sains tulen, ini merupakan suatu medium yang cukup baik bagi saya untuk berkongsi kepada pembaca akan ilmu yang dipelajari. Namun, blog ini tidak dihasratkan untuk memenangi pertandingan semata-mata malah diharapkan momentum yang telah dibekalkan dan legasi yang diasaskan dapat diteruskan dengan jayanya. Saya mempunyai harapan yang menggunung untuk melihat laman blog ini berjaya dilakar dipersada antarabangsa. Selamat maju jaya saya ucapkan. Sekian.
Ketua Pentadbir Diari H2O
Ali Imran Bin Yusri
Ucapan Timbalan Ketua Pentadbir
Assalamualaikum,dan salam sejahtera.Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat saya melaksanakan projek blog sempena minggu pengguna kebangsaan.Sekalung penghargaan buat warga Basis kerana memberikan kerjasama dalam setiap program yang diadakan.Tidak lupa juga,Guru Pembimbing En.Zeffy Hanif atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Jep/Syabas dan tahniah kerana blog ini telah dapat direalisasikan.
Pembaca sekalian,
William Shakespere pernah berkata "Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi. Selaras dengan tujuan penerbitan laman blog ini ,untuk memberi maslahat kepada marhaen.Menyedari sikap pengguna di kalangan masyarakat yang kian punah,kerajaan telah mengambil pelbagai prakrsa untuk mengadakan pelbagai program seperti pertandingan bukan sahaja di peringkat sekolah malah di peringkat IPT.Saya memuji langkah yang diambil dan sangat bersetuju dengan usaha yang dilakukan.Bagi menyokong pihak kerajaan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai,kami memutuskan untuk menyertai pertandingan ini.
Surah Al Anbiya ayat 30 Allah menjelaskan bahwa "Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."Ayat ini menunjukkan segala hidupan terjadi daripada air.Air dan kehidupan tidak dapat dipisahkan.Oleh itu,tajuk "Air untuk Manusia,Air oleh Manusia" sebagai tema wajib bagi pertandingan ini amat luas dan tidak asing di kalangan rakyat,Meandangkan fenomena El Nino yang melanda,kesedaran untuk menghargai air perlu dipupuk.
Akhir kalam, Saya selaku Timbalan Ketua Pentadbir DiariH2O,Ahmad Khaidir Amir bin Rodzman berharap para pembaca akan terus menyokong laman ini,memberikan komen yang membina dan dijadikan rujukan dalam pelbagai bidang ilmu.Sebagai pembakar semangat saya dan kalian,renungkanlah kata-kata Ibu Zain "Selagi kita bernyawa,kita mestilah berbakti untuk bangsa dan negaraItulah kebaikan sebenar."Sekian, Terima kasih.
Timbalan Ketua Pentadbir Diari H2O
Ahmad Khaidir Amir Bin Rodzman

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete