Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    Posted by: Sidang Blog BASiS Posted date: 05:59:00 / comment : 0


    3 Tips Utama Menangani El-Nino
    Pertama sekali, apa itu El-Nino?
    El Niño atau La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Getaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. "El Nino" dalam bahasa sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna "anak perempuan".
    Kebiasaannya, lautan Pasifik sentiasa ditiupi angin timur iaitu hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur - sebelah Peru dan Chile - menuju ke barat lautan Pasifik, mengarah pantai Australia dan kepulauan Filipina.

    Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.

    Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ia menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.

    Berbeza dengan El Nino, La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur - lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat benua Amerika Selatan meningkat.

    Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Khatulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina, monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia - berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun.

    Jadi, apakah cari menanganinya?
    1. Kurangkan Aktiviti Di Luar

     Hal ini kerana, suhu di luar tidak sesuai untuk kehidupan dan boleh menyebabkan suhu badan tidak berada dalam keadaan yang optimum. Suhu normal manusia ialah 35-37 Celcius, peningkatan atau pengurangan suhu badan boleh menangakibatkan aktiviti metabolisme dalam badan terganggu. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan penyingkiran air yang berlebihan melalui liang-liang peluh di kulit dan menyebabkan dihidrasi.

    2. Jimatkan Penggunaan Air 

    Penggunaan air yang melampau mampu menjejaskan simpanan air dalam empangan apatalah lagi mendepani krisis baru-baru ini di mana empangan di serata Malaysia semakin kering. 

    3. Minum Air Dalam Kuantiti Yang Banyak

    Suhu mececah lebih kurang 38 Celcius mampu mengakibatkan kehilangan air yang berlebihan daripada sistem badan. Air yang hilang daripada badan akan diganti dengan air  yang baru secara osmosis disebabkan sel-sel badan berada dalam keadaan hipertonik. Dengan minum air dengan banyak kadar air yang masuk dan keluar adalah sama menyebabkan sel berada dalam keadaan isotonik. 

    Kesimpulannya, sebagai warganegara yang bertanggungjawab,menjaga kesihatan diri dan keluarga adalah amat penting kerana sebagai rakyat kita perlu menyumbang kepada proktuviti negara dan hidup dengan aman dan bahagia.Akhirkata "Jangan tanya apa yang negara sumbang kepada kamu,tetapi apa kamu sumbang kepada negara.

    Disediakan oleh
    Ali Imran Bin Yusri
    Ketua Pentadbir Diari H2O




    icon allbkg

    Tagged with:

    Next
    Newer Post
    Previous
    Older Post

    No comments:

    Leave a Reply

Komentar

Respon Pembaca