Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    Posted by: Sidang Blog BASiS Posted date: 23:36:00 / comment : 0

    Air adalah asas bagi hidupan.Umum mengetahui segala yang hidup pasti memerlukan air.Bukan sahaja hidupan  seperti manusia dan haiwan menggunakan air untuk minum tetapi ia juga menjadi medium pengangkutan bagi hidupan malah sokongan kepada haiwan berangka hidrostatik.


    Ulat menggerakkan badannya dengan menggunakan tekanan hidrostatik iaitu air di dalam badannya menolak badannya kehadapan.Jadi benarlah Allah telah berfirman dalam Surah Al Anbiya ayat 30

    "Apakah orang-orang kafir tidak mengetahui kejadian langit dan bumi pada asalnya bercantum padu,kemudian Kami pisahkan keduanya dan dari air Kami jadikan sesuatu yang hidup."
                      Kenyataan yang sama telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah An Nur ayat 45 yang bermaksud "Allah telah menciptakan semua jenis haiwan daripada air.Oleh itu jelaslah bahawa air asas kehidupan.Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (SPACE) bertarikh 27 Mei 2006,pakar-pakar biologi telah bersepakat mengatakan air adalah asas kehidupan.Tanpanya kehifupan tidak mampu wujud dan tidak boleh bersambung.Bagi memastikan kehidupan di  planet planet lain,saintis akan mencari dimana planet yang mempunyai sumber air.Maklumat ini dilaporkan oleh www.bbc.co.uk/science .Hal ini diperkukuhkan lagi berpandukan satu laporan yang terdapat dalam Paleontological Society Special Publication Volume 9 (1999) dibawah tajuk Evolution:Investigating the Evidence.Dinyatakan bahawa,"Permulaan hidupan sudah semestinya bermula di persekitaran yang mempunyai suhu yang rendah supaya air dapat wujud.Hai ini kerana,hanya air sahaja yang boleh menjadi medium  kepada proses-proses yang berkaitan kehidupan dan hanya dengan air metabolisme boleh berlaku.Hujah ini diperkukuhkan dengan penemuan terbaharu yang mendapati hidupan mungkin bermu;a dibawah lautan.Mengikut BBC News Online bertarikh 9 September 1998, di segmen Sci/Tech di bawah tajuk Springing To Life Under The Sea,Saintis-saintis mengatakan rahsia kewujudan awal dunia mungkin wujud 9000 kaki di bawah Lautan Atlantik.Disitu,para saintis  menemui semburan Hidrogen dan selepas mereka mengkaji persekitarannya,mereka merasakan kawasan tersebut sesuai bagi melahirkan hidupan peringkat awal.

                    Kebenaran ayat Allah dapat dikaitkan dengan ilmu Biologi berkaitan sel-sel.Sel merupakan batu bata atau blok lego kepada segala hidupan.Tnapanya,segala hidupan tidak wujud.Unit dalam sel paling penting ialah protoplasma(protoplasm).Unit ini sangat penting dan tanpanya sesuatu sel dianggap mati.Berhubungan dengan protoplasma,dalam Lawson Textbook of Botany(Indian Edition,London 1992)dinyatakan,"Protoplasma adalah asas kepada segala hidupan dan kekuatannya bergantung kepada kewujudan air yang berterusan."
    Demikan juga disebutkan oleh T.J Parker and W.A.Haswell dalam Textbook of Zoology(London,Volume1,1910) iaitu "Protoplasma  yang hidup mengandungi air yang banyak dalamnya.Bukti ini diperkukuhkan dalam Wikipidea Encyclopedia iaitu "Protoplasma yang hidup mengandungi air yang banyak di dalamnya.Bukti ini diperkukuhkan dalam  setiap sel yang mengandungi 75-80 peratus air."
    Manusia juga berasal daripada air.Melalui Surah Al-Furqan ayat 54,Allah menjelaskan,"Dia yang mencipta manusia daripada air."Ayat ini boleh dikaitkan dengan Surah At-Tariq ayat 5-7 yang bermaksud "Maka manusia perlu memerhatikan daripada apakah dia  diciptakan?Dia diciptakan daripada air yang terpancar,yang keluar dari sulbi  dan taraib  (dada).Ayat ini dijelaskan menunjukkan bahawa manusia  sememangnya dicipta Allah  daripada air yang terpancar.Bagi lelaki,air tersebut ialah air mani,dan perempuan pula ialah antrum fluid atau dikenali sebagia ovum.Percantuman kedua dua air ini akan menjadi sebab musabab kewujudan manusia.Hal ini juga disebutkan dalam Henry Gray,Anatomy of The Human Body(1918),di www.bartleby.com


    Kesimpulannya,air bukan sahaja kita ketahui sebagai minuman untuk hidupan seperti manusia malah ia adalah asas kepada  hidupan.Bermula  dari sel  hingga wujudnya organisma seperti manusia.Dapatlah kita ketahui bahwa air berperanan yang sangat besar dalam kehidupan.Ia menepati tema blog diariH2O  iaitu "Air untuk manusia,air oleh manusia."Bagi mengakhiri rencana pertama saya,saya sertakan Firman Allah dalam Surah Al Fussilat ayat 53 "Akan Kami tunjukkan mereka ayat ayat Kami disegenap penjuru alam dan pada diri mereka sendiri ,sehingga jelas kepada mereka Al Quran itu benar."

    Rencana disediakan oleh:



    icon allbkg

    Tagged with:

    Next
    Newer Post
    Previous
    Older Post

    No comments:

    Leave a Reply

Komentar

Respon Pembaca