Diari H2O

Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia

We Are Sidang Blog BASiS

Wujud sejak 2016 atas bimbingan Encik Zefry Hanif atau mesra dikenali sebagai Cikgu Jep. Tujuannya adalah untuk menyertai pertandingan “My Pengguna” yang bertemakan “Air Untuk Manusia, Air Oleh Manusia”. Bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang betapa pentingnya air apatah lagi mendepani krisis baru-baru ini iaitu El Nino. Diharap akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat Malaysia.

Copyright © 2016 Diari H2O. Powered by Blogger.

Posts

Comments

Pasukan kami

Blog Journalis

Hubungi Kami

Jom Sertai Kami

Portfolio

    Posted by: Sidang Blog BASiS Posted date: 09:01:00 / comment : 0


    Artikel sebelum ini membincangkan tentang airadalah asas kepada segala hidupan.Hujah hujah yang diketengahkan berserta dalil dalil Al Quran di iringi fakta sains dan rujukan dari sumber ilmiah menguatkan lagi  teori bahawa air adalah asas segala hidupan.Bagi mengukuhkan lagi tentang kepentingan air kepada manusia,jika sebelum ini saya mengaitkan dengan sains,kali ini,saya ingin membawa nada bersama saya menyusuri lembaran sejarah sambil mempelajari perkembangan penggunaan air sepanjang zaman.

          Kalau kita perhatikan,ketika zaman neolitik dulu,iaitu merupakan zaman prasejarah sebelum bermulanya tamadun manusia,petempatan orang purba dibina berdekatan dengan sungai,Hal ini menjadi kewajipan  kerana air sungai merupakan sumber minuman,sumber protein dan juga dapat digunakan sebagai saliran untuk pertanian dan tidak lupa juga sebagai pengangkutan.Oleh disebabkan kewujudan sungai,ramai orang mula menetap dan mulalah terbentuk satu komuniti.Apabila seorang ketua telah dilantik,mulalah manusia hidup dalam sistem bermasyarakat.Lalu kehidupan pun berkembang maju seiring dengan penciptaan sistem perniagaan ketika itu merupakan sistem barter iaitu sistem yang menukarkan sesuatu barang mengikut kehendak seseorang.
    Image result for neolithic ages
             
          Apabila sesebuah masyarakat semakin maju,dan sistem pemerintahan semakin mapan,terbinalah sebuah tamadun.Bermula tamadun apabila sesebuah masyarakat sudah mempunyai peradaban dan seimbang perkembangannya dari segi lahriah,jasmani dan rohani.Apabila manusia mula mempunyai sesebuah tamadun,maka lahirlah empayar yang gah seperti Mesopotamia,Mesir Purba,Indus dan Hwang Ho.Lahir sesebuah empayar yang gah ini juga disebabkan air.Mengapa?Air merupakan sumber protein dan sumber yang penting untuk kegiatan pertanian.Misalnya,Firaun Hsepsut telah memerintahkan rakyatnya untuk membina parit bagi saliran untuk pertanian.Oleh itu,rakyat Mesir Purba ketika sangat mengagungi Sungai Nil ketika itu.Paqra pentadbir ketika itu juga memfokskan pembinaan pelabuhan kerana kapal dagang menggunakan air sebagai medium pengangkutan ke sesuatu tempat yang lain.Tamadun Hwang Ho juga menekankan pembinaan sistem saliran bgai mengairi kawasan pertanian.
    Image result for mesir kuno
    Masa terus belalu,dan Archimedes juga menemui formula atau kaedah untuk menentukan isipadu sesuatu objek melalui kaedah sesaran air,hasilnya,pelbagai aplikasi prinsip Archimedes yang digunakan hingga ke hari ini untuk membentuk kehidupan moden yang sedang kita alami pada masa kini.

    Kesimpulannya,air merupakan punca segala kemajuan yang dikecapi,air menyebabkan berkembangnya sesebuah tamadun kerana ia merupakan asas kehidupan.Kreativiti  manusia yang sentiasa menggunakan akal untuk berfikir menjadikan pembaharuan sentiasa terhasil.

    Rencana disediakan oleh:



    icon allbkg

    Tagged with:

    Next
    Newer Post
    Previous
    Older Post

    No comments:

    Leave a Reply

Komentar

Respon Pembaca